أنا مجاهدة ツ
Monday 13 April 2015 • 08:47 • 0 comments



السلام عليكم ورحمة الله وبركته


"Jangan terkejut nanti kalau aku dapat pergi oversea dengan sijil STPM aku ni"


Buat adik adik yang bakal masuk Pra-Universiti tu jangan lah sedih sangat. Bukan teruk pun jadi budak pra-u ni pun. awak tak dapat masuk U bukan sebab awak ni tak layak, cuma anggap je lah awak ni takda rezeki ya~ ada hikmah kot. Relax je lah. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. so kita just follow the flow. 

and jangan lah fikir jadi budak form six ni low class sangat. eh, better tau awak ambil form six dari awak ambil diploma yang berjela sem nya tu. ( kalau dapat U yang bagus just go on je la, haha)

Pra-U sekarang bukan macam dulu ( yang dulu tu gaya stpm dah macam gaya budak spm. belajar setahun setengah straight then exam sekali macam spm). ehem, dah nama pun Pra-U, mestilah gaya pun macam U. ye tak? sekarang kan sistem baru. dah pakai sistem semester. baju pun dah boleh pakai casual. cuma bezanya awak kat sekolah. budak dip dekat uni. 

tapi serius talk lah kan,  stpm is more better lah daripada ambil diploma. nak lagi kalau tawaran yang awak dapat tu dari uni-uni swasta. hah! patut sangat ambil stpm je. bukan nak hasut ke apa. just pandangan je. first sebab awak boleh jimat masa belajar ( stpm setahun setengah, dip 3 tahun. tak ke jimat GILA tahap babun namanya tu? ) sekurangnya masa ambil degree tu umur masih muda lagi laaa (ahaks) 

ok tu satu. second, sijil stpm ni diiktiraf dekat luar negara tauuuuuuuu. em tak percaya? search sendiri laa dekat wak google ke. ( memang betul ni , serius tak tipu ) so kalau awak dapat pointer bagus stpm, dengan izin Allah boleh dapat pergi oversea dengan sijil stpm tu. yang penting pointer tu laaa. kalau belajar pun macam nak tak nak, oversea tah kemana , awak tah kemana. ( but tengok course juga laaa. kohkoh) 

nak lagi bukti? Ya Allah~ awak, nak bukti apa lagii. dh terang tang-tang stpm ni bagus. and lagi satu rahsia pasal stpm ni, sijil stpm lagi tinggi daripada sijil matrik. kan dah kata tadi sijil stpm siiktiraf dekat luar negara. matrik just sah untuk local je. kalau tak percaya minta laa belajaq luar negara guna sijil matrik tu confirm tak dipandang.

and lagi satu! awak beruntung kalau ambil stpm sebab awak boleh bermanja manja-an bersama cikgu terchentaaaa. kat u? jangan harap awak nak jumpa prof ke madam ke sapa sapa ke hari-hari. silap hari bulan, pensyarah tu just bagi tajuk je untuk assignment then bagi due date then awak buat laa apa cara sekali pun yang penting sampai dateline mesti hantar, pi lantak sana nak terkontang kanting ke tergolek golek ke masa buat assignment tu. kat sekolah, boleh lagi la cikgu bagi tunjuk ajar satu satu. atleast kita tahu cara nak buat something tu. takda la masa masuk U nanti merapu meraban masa buat assignment, tak ke? haa. cer fikir cer fikir.

 eh saya buat blog ni bukan nak hasut sesiapa ya. cuma nak bagi pencerahan sedikit jeeee pasal PPU ni ( program persediaan universiti ) . bukan apa, nak bagi clorox sikit otak tu bagi jangan fikir stpm ni low class sangat ye. and untuk yang sedang berduka cita tu sebab terpaksa masuk form 6 sebab tak dapat u tuuu. alaaa sama laa kita dulu pun taknak masuk form 6 ni sebab fikir macam form 6 ni ibarat dah takda pilihan lain dah. but bila dah masuk ni, not bad laa, pointer pun bagus (alhamdulillah lah) sekurangnya cita cita untuk masuk U tu boleh jadi pembakar semangat. supaya tak main main macam masa spm dulu. ye tak? 

semuanya terpulang pada diri laa. kalau kita ikhlas, ilmu pun ikhlas lah nak masuk kan. just yakin sajo lah. mana mana pun Allah letakkan kita, pada dasarnya sama aje. sebab Allah tahu benda tu yang terbaik buat kita. setakat ni saja lah. cakap banyak pun tak guna. haha. apa apa pertanyaan boleh rujuk pada laman web rasmi MPM/PPU lah ye. ( haha ) benda ni apa yang saya tahu lah setakat ni. kalau salah tu maap lah ye almaklumlah saya ni manusia. bukan malaikat *bersin* 



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back

Diary About Link Stuff


ع --the eleventh hour. "Don't turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others."


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Lily Azman