أنا مجاهدة ツ
Jadi Fesi? Biar betul kau?
Thursday 8 May 2014 • 21:11 • 0 comments



Dah lama rasanya tak jenguk blog ni .
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update lagi.
*Walaupun tahu takde sapa yang nak jenguk baca entry ni :( 
Haha! Syahdu gila ayat kau lily!

Berbalik pada tajuk entri.
Fesi? Ramainya tanya; Apa tu fesi? Sejenis makanan ke? 
*Ha'ah , ianya sejenis makanan. Sedaaaaaaaaaap :D Nak rasa? -.-
Adeh, Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang saya kasihi sekalian,
Fesi ni atau nama panjangnya FACILITATOR adalah pemudah cara.
Haaaaa, pebenda pulop tu . Tercengang nampak. Haha.

Macam ni.. :)
Selalunya dalam satu program , mesti ada ketua program dan penolong kan?
Ketua tu selalunya orang panggil as MODERATOR.
Dan penolong tu pula adalah FACILITATOR ataupun pemudahcara.
Kat dalam satu program selalunya akan ada kakak-kakak, abang-abang fesi yang akan conduct adik-adik dalam LDK. 

*******

Jujur aku katakan,
Aku masih tak percaya yang aku akan jadi seorang Fasilitator.
Jujur aku katakan,
Aku bukan seorang insan yang ada ciri-ciri seorang Fasilitator.
Jujur aku katakan,
Aku bukan seorang yang pandai untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jujur aku katakan,
Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. Kadang tu gagap tahap tak ingat. Kadang tu susun ayat pun macam budak budak tadika.
Jujur aku katakan,
setiap orang boleh berubah. Dan salah satunya itu AKU :)


********

Disini lah bermulanya langkah aku,


Berkonsepkan DARE TO FAIL.
Langkah pertama menuju kemajuan.

LOOL FORWARD.
Kenapa aku patut gagal? Adakah gagal itu teruk? Apakah yang patut ada untuk berhadapan dengan kegagalan? Bagaimana kalau semua gagal? 
Percayalah, gagal bukan bermakna kau tak boleh berjaya. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin untuk berjaya. 
Dulu, aku pun pernah gagal.

Aku ingat lagi,
Waktu tu aku kem dekat satu kem Tahfiz ni dekat Kampar.
Selama SEBULAN.
Act, dah lama join kem tu sejak dari FORM1 lagi.
Tapi time FORM3, join lagi kem tu.
Tapi ada sedikit perubahan. Tetiba pulak kem tu ada buat slot LDK .
But LDK yang tu lain sikit. Takda kakak or abang fesi yang conduct. Mereka just perhatikan kami je. So yang conduct group sepenuhnya adalah..... KETUA KUMPULAN.
Dan...
Sangat bertuah lah nasib aku dapat jadi ketua untuk kumpulan aku.
Haha, apa mimpi tah depa pilih aku.
Takut? Gementar?
Choiii! Opkos laa. Adeh, tak pernah seumur hidup jadi ketua, tup tup jadi. 
And ditakdirkan juga, ada 'something' yang terjadi pada aku yang membuatkan aku TAKNAK DAH JADI KETUA. Masa tu aku rasa, aku tak mampu nak jadi ketua. Aku gagal! Tapi tu masatu...
Sekarang aku bangun.
Aku sedar,, tak selamanya aku akan gagal.

"Ada hikmah disebalik kegagalan"

FAILURE VALUES.
Berpegang pada prinsip ,
"Jatuh untuk bangun, gagal untuk bangkit, berjaya untuk bersyukur"
Ye, kegagalan adalah PELUANG untuk kita perbaiki diri :)


FEAR OF NO RESULT.
Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan.
"Sehingga anda mencuba, anda tidak akan tahu apa yang tidak boleh anda buat" (Kardinal John Henry Newman)


Buat apa yang kita suka, Suka juga dengan apa yang kita buat walaupun kita tak suka benda tu - Bro Hasz
Berani means kita buat apa yang kita takut. Itu BERANI - Bro Sham

Kalau Nak jadi kaya, jangan kedekut.
Surely,
what you give you get back.
The more you give, the more you get.
-Fasstrain-


*******
Kenangan untuk dibawa pulang~


First program as a facilitator
Mode: Bro Naim
First program W/ adik-adik group Kak Lily
SK Taman Universiti

SK Taman Melawati
Kem Hutan Rimba Ria
Mode: Kak Anne

SK Hicom, Shah Alam
Asli Adventure Base Camp, Hulu Langat
Mode: Abg Rafi










Sekian,
Wa billahi taufiq wal hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh~







Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back

Diary About Link Stuff


ع --the eleventh hour. "Don't turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others."


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Lily Azman